Wednesday, 6 November 2013

Definisi Pengurusan Tanah Bermasalah

Satu program pemuliharaan tanah bagi mengatasi masalah yang menghalang pertumbuhan tanaman yang memerlukan teknik-teknik tertentu dan melibatkan kos atau input pembangunan yang tinggi.


JENIS DAN CIRI TANAH YANG BERMASALAH

Definisi Tanah Bermasalah

Tanah yang mempunyai ciri tersendiri yang dalam keadaan semulajadi mempunyai halangan-halangan kepada pertumbuhan tanaman dan memerlukan bahan input yang tinggi dan pengurusan yang sempurna untuk mendapatkan hasil yang baik.



Di Malaysia terdapat 4 kumpulan tanah yang boleh dikelaskan sebagai tanah bermasalah iaitu:-

  1. Tanah Gambut
  2. Tanah Bris/Tanah Bekas Lombong
  3. Tanah Asid Sulfat
  4. Tanah Masin


Tanah Gambut

Tanah organik yang mengandungi sekurang-kurangnya 65% bahan organik, dan 35% bahan mineral. Tanah gambut dibahagikan kepada 3 kelas mengikut kedalaman lapisan gambut iaitu:-


  • Gambut Cetek                                     0.5 m - 1.5 m
  • Gambut Sederhana                              1.5 m - 3.0 m
  • Gambut Dalam                                    > 3.0 m